ALOR SETAR, 21 MEI: Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik, terharu apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.